blok3danaumas

Informasi Terkini berkenaan isu-isu di Blok 3 Pangsapuri Danaumas

Name:
Location: shah alam, selangor, Malaysia

Saturday, December 09, 2006

A,kum dan Salam Sejahtera Semua Penduduk-penduduk blok 3 pangsapuri Danaumas,

Persatuan Penduduk Pangsapuri Danaumas telah ditubuhkan sejak bulan Mac 2006 yang lalu. Berkat usaha En Abd Rahman (Blok 4) maka berjaya dihimpunankan wakil-wakil penduduk dari setiap blok. Namun begitu, usaha-usaha yang dimainkan oleh setiap wakil blok maka tertubuhnya pula ahli-ahli jawatankuasa bagi setiap blok.

Blog ini diwujudkan adalah khusus bagi penduduk-penduduk blok 3. Tujuannya tidak lain adalah memberi informasi terkini kepada penduduk blok 3 berkaitan isu semasa selain masalah-masalah yang berlaku di blok 3.

Selain itu, blog ini juga adalah medium perantaraan yang mudah bagi mereka yang mempunyai kemudahan internet. Saya berharap agar semua penduduk blok 3 dapat meluangkan sedikit masa untuk melayari blog berkenaan. Insyaallah saya akan cuba mengemaskini laman blog berkenaan supaya penduduk-penduduk blok 3 dapat membaca dan mengetahui perkembangan terkini isu semasa di blok kita.

Sekian, Wassalam

Wakil Blok 3

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Mana pembaca ni takda nak bagi komen ke?

3:27 pm  
Anonymous Anonymous said...

Tahniah kepada saudara yang berjaya menghasilkan ruangan utk penduduk mendapat info terkini berkenaan blok 3 Danaumas. Semuga mendapat sokongan yang padu dari penduduk blok 3. Tahniah..

5:09 pm  

Post a Comment

<< Home