blok3danaumas

Informasi Terkini berkenaan isu-isu di Blok 3 Pangsapuri Danaumas

Name:
Location: shah alam, selangor, Malaysia

Monday, December 11, 2006

Inilah di antara masalah yang dihadapi oleh penduduk blok 3 jika keadaan kecemasan berlaku. Masalah lif yang kecil menyukarkan pihak kesihatan membawa seorang penduduk yang mengalami masalah kesihatan turun ke tingkat bawah.

Keadaan ini sempat dirakamkan oleh wakil penduduk pada bulan Ogos yang lalu. Seorang penghuni di tingkat 8, blok 3 telah mengalami masalah kesihatan yang serius. Berkat keperihatinan salah seorang jiran di tingkat 8, maka ambulan telah dipanggil.

Beberapa penduduk telah bersama-sama membantu mangsa untuk membawanya ke ruang bawah di mana ambulan ditempatkan di situ, namun kesan dari ruang lif yang kecil menyukarkan mereka untuk membawa mangsa ke bawah.

Terima kasih kepada penduduk Pangsapuri Danaumas yang sama-sama membantu individu berkenaan. Semoga keperihatinan dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Syabas!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home