Jamuan Hari Raya ini telah diadakan berhadapan di court badminton, blok 2, Pangsapuri Danaumas.
Ini adalah aktiviti pertama anjuran Exco Kemasyarakatan persatuan penduduk. Jamuan pada kali ini telah dijayakan dengan aktiviti gotong royong memasak rendang daging dan kari ayam pada sebelah siang manakala sesi karaoke diadakan pada sebelah malamnya.
Tetamu kehormat pada malam tersebut adalah wakil YB Shah Alam bersama-sama dengan AJK Surau Platinum, Seksyen 7.
Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah exco kemasyarakatan kerana berjaya mengadakan aktiviti berkenaan. Tahniah juga kepada penduduk blok 3 kerana bertungkus lumus memasak rendang dan kari ayam pada hari tersebut.
Labels: jamuan raya

0 Comments:
Post a Comment
<< Home