Masalah Pecah Rumah Kian Menjadi-jadi di Blok 3
Sejak 2 minggu yang lalu, 2 kejadian percubaan pecah rumah telah dilaporkan kepada pihak AJK blok 3, Pangsapuri Danaumas.
Kejadian pertama melibatkan rumah ditingkat 5 manakala kejadian kedua berlaku pada 7hb Disember yang lalu ditingkat 3.
Kedua-dua kejadian ini dapat dibanteras atas kerjasama jiran yang berdekatan.
Pada kejadian 7hb yang lalu, seorang suspek yang memakai baju kemeja lengkap dengan berseluar slack panjang telah dikenalpasti. Menurut saksi kejadian, beliau mendengar suspek cuba memecah masuk dengan mengergaji gril dan mengumpil pintu. Saksi kemudiannya keluar untuk melihat dan ketika itulah dia melihat suspek berlari meninggalkan rumah yang cuba dipecah masuk.
AJK Blok telah menghubungi tuan rumah apabila mengetahui kejadian tersebut dan laporan polis telah dibuat. Segala butiran berkenaan suspek telah dibuat dan menunggu masa pihak Polis mengambil tindakan.
Saya berharap agar sikap keperihatinan penduduk blok 3 dapat diteruskan. Kerjasama semua agar memandang serius berkenaan perkara ini amat diharapkan. Jangan salahkan pihak AJK blok 3 dan segelintir penduduk sahaja jika semua memandang remeh berkenaan perkara ini.
Sikap keperihatinan semua amat diharapkan. Sekurang-kurangnya kenali jiran anda dan mereka yang boleh dihubungi jika berlaku kejadian sebegini.
Disertakan disini link laman web tip-tip mengatasi masalah pecah rumah serta nombor balai Polis berhampiran untuk dihubungi ketika kecemasan.
http://www.rmp.gov.my/rmp03/cjyahvii.htm
Balai Polis Sek. 6
Polis Diraja Malaysia

Jalan Nuri 6/1
40000 Shah Alam
Selangor.Tel : 03-55194622
40000 Shah Alam
Selangor.Tel : 03-55194622
"Bersatu kita teguh bercerai kita roboh"
Sekian, Wakil Blok 3
Labels: pecah rumah

0 Comments:
Post a Comment
<< Home