Salah Letak Kenderaan.
Beginilah keadaannya kalau kita semua tidak perihatin dengan undang-undang. Walaupun sudah ada papan tanda supaya tidak meletakkan kenderaan diruang laluan pangsapuri namun masih ada segelintir dari kita yang memandang remeh berkenaan perkara ini.
Gambar ini sempat dirakamkan oleh wakil penduduk blok 3 beberapa hari yang lalu. Milik siapakah kereta Iswara Aeroback ini?. Lebih sejam kereta ini diletakkan diruang laluan penduduk blok 3. Bayangkan jika hari hujan, tentu menyusahkan penduduk blok 3 yang hendak singgah menghantar anak kecil menggunakan ruang berkenaan.
Oleh yang demikian, wakil penduduk meminta kerjasama semua agar tidak meletakkan kenderaan anda diruang berkenaan. Kerjasama semua amat diharapkan. Sila war-warkan perkara ini kepada saudara-mara dan rakan-rakan anda yang singgah di blok kita.
p/s Jika keadaan ini berterusan, mungkin wakil penduduk terpaksa mengambil tindakan (mengunci kenderaan atau lain-lain tindakan).
Labels: salahletak

2 Comments:
Kereta siapalah yang pandai-pandai letak kat situ... tak faham bahasa melayu ke... aparaaaaa
mungkin terdesak kot..Lain kali baca papan amaran.
Post a Comment
<< Home