Security Guard
Assalamualaikum,Selamat tahun baru maal hijrah 1430 Hijrah dan selamat tahun baru masihi 2009 kepada semua pembaca-pembaca sekalian.
Syukur Alhmadullillah, setelah lebih 3 tahun pangsapuri danaumas diduduki baru kini pengawal keselamatan mula menjalankan tugas mereka.
Terima kasih kepada pihak Joint Management Body (JMB) kerana merialisasikan kewujudan pengawal keselamatan ini.
Walaupun terdapat peningkatan pembayaran wang penyelenggaraan, namun masalah ini bukan merupakan satu isu berbanding keselamatan harta benda penduduk.
Semoga dengan wujudnya perkhidmatan security guard ini mampu mengatasi masalah jenayah didalam kawasan pangsapuri kita.
Wassalam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home