blok3danaumas

Informasi Terkini berkenaan isu-isu di Blok 3 Pangsapuri Danaumas

Name:
Location: shah alam, selangor, Malaysia

Saturday, May 02, 2009

Ketua & AJK Baru Blok 3


Salam Semua,

Mesyuarat Penduduk Blok 3 bagi memilih Ketua serta Ahli Jawatankuasa yang baru telah diadakan pada 7hb April yang lalu.

Disertakan disini carta organisasi baru bagi Blok 3. Tahniah bagi mereka yang telah dilantik.

Semoga mereka yang dilantik ini akan memikul amanah dengan penuh tanggungjawap.

Sekian, Terima Kasih

Tuesday, January 06, 2009

Security Guard

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru maal hijrah 1430 Hijrah dan selamat tahun baru masihi 2009 kepada semua pembaca-pembaca sekalian.

Syukur Alhmadullillah, setelah lebih 3 tahun pangsapuri danaumas diduduki baru kini pengawal keselamatan mula menjalankan tugas mereka.

Terima kasih kepada pihak Joint Management Body (JMB) kerana merialisasikan kewujudan pengawal keselamatan ini.

Walaupun terdapat peningkatan pembayaran wang penyelenggaraan, namun masalah ini bukan merupakan satu isu berbanding keselamatan harta benda penduduk.

Semoga dengan wujudnya perkhidmatan security guard ini mampu mengatasi masalah jenayah didalam kawasan pangsapuri kita.

Wassalam

Monday, January 28, 2008

Mesyuarat Agong PPPDM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah agak lama penulis tidak mengupdate blog persatuan penduduk bagi Blok 3. Tanggal 27hb Jan 2008 yang lalu Mesyuarat Agung PPPDM kali kedua telah diadakan.

Walaupun penulis tidak dapat hadir mesyuarat pada kali ini namun sempat juga mendapatkan sedikit maklumat dari kawan-kawan yang hadir bahawa AJK lama masih dikekalkan.

Tahniah bagi yang dilantik. Semoga komitmen semua AJK bakal membawa kemajuan kepada persatuan.

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"

Sehingga bertemu pada penulisan yang akan datang... Wassalam

Thursday, December 14, 2006


Salah Letak Kenderaan.
















Beginilah keadaannya kalau kita semua tidak perihatin dengan undang-undang. Walaupun sudah ada papan tanda supaya tidak meletakkan kenderaan diruang laluan pangsapuri namun masih ada segelintir dari kita yang memandang remeh berkenaan perkara ini.

Gambar ini sempat dirakamkan oleh wakil penduduk blok 3 beberapa hari yang lalu. Milik siapakah kereta Iswara Aeroback ini?. Lebih sejam kereta ini diletakkan diruang laluan penduduk blok 3. Bayangkan jika hari hujan, tentu menyusahkan penduduk blok 3 yang hendak singgah menghantar anak kecil menggunakan ruang berkenaan.

Oleh yang demikian, wakil penduduk meminta kerjasama semua agar tidak meletakkan kenderaan anda diruang berkenaan. Kerjasama semua amat diharapkan. Sila war-warkan perkara ini kepada saudara-mara dan rakan-rakan anda yang singgah di blok kita.

p/s Jika keadaan ini berterusan, mungkin wakil penduduk terpaksa mengambil tindakan (mengunci kenderaan atau lain-lain tindakan).

Labels:

Tuesday, December 12, 2006

Senarai Nama Ketua Aras dan AJK Blok 3

Disertakan disini senarai nama ketua aras dan juga AJK blok bagi rujukan penduduk blok 3, Pangsapuri Danaumas:

Wakil Blok 3 : Hafizi Abd Jalil (509) 013 3546419

Ketua Aras:

Aras 1 : Muhammad Nuruddin Bin Amiron (102) 017 3046217
Aras 2 : Mohd Roziat Bin Ali (209) 012 3132004
Aras 3 : Muhammad Rizal B Mustaffa (308) 012 6874938
Aras 4 : Shahzam Abdullah (404) 019 2546889
Aras 5 : Wan Azmi Wan Ahmad (507) 016 9725853
Aras 6 : Hasron B Misman (607) 019 3781233
Aras 7 : Rosli Bin Mat Zin (706) 012 6919645
Aras 8 : Mohd Yunos Bin Hassan (807) 012 2334217

AJK:
1. Exco Kemasyarakatan: Mohamad Rakhbi B Pauzi (401) 012 9368524
2. Exco Sukan : Bakhtiar Abd Majid (705) 013 3999688
3. Exco Keselamatan: Abdul Razak Bin Md Jusoh (701) 017 3571270
4. Exco Keagamaan: Wan Marzaidil Wan Mustapha (201) 013 3971231

Jika terdapat sebarang masalah atau bantuan sila hubungi mereka diatas.

Kenali ketua aras dan AJK anda.

"Jiran sepakat membawa berkat".

Sekian, Terima Kasih

(Sebarang komen, aduan atau persoalan boleh diajukan terus ke laman web blog berkenaan. Sila kemukakan nama penuh dan no rumah. Kata singkatan tidak akan dilayan.)

Labels:

Monday, December 11, 2006

Masalah Pecah Rumah Kian Menjadi-jadi di Blok 3

Sejak 2 minggu yang lalu, 2 kejadian percubaan pecah rumah telah dilaporkan kepada pihak AJK blok 3, Pangsapuri Danaumas.

Kejadian pertama melibatkan rumah ditingkat 5 manakala kejadian kedua berlaku pada 7hb Disember yang lalu ditingkat 3.

Kedua-dua kejadian ini dapat dibanteras atas kerjasama jiran yang berdekatan.

Pada kejadian 7hb yang lalu, seorang suspek yang memakai baju kemeja lengkap dengan berseluar slack panjang telah dikenalpasti. Menurut saksi kejadian, beliau mendengar suspek cuba memecah masuk dengan mengergaji gril dan mengumpil pintu. Saksi kemudiannya keluar untuk melihat dan ketika itulah dia melihat suspek berlari meninggalkan rumah yang cuba dipecah masuk.

AJK Blok telah menghubungi tuan rumah apabila mengetahui kejadian tersebut dan laporan polis telah dibuat. Segala butiran berkenaan suspek telah dibuat dan menunggu masa pihak Polis mengambil tindakan.

Saya berharap agar sikap keperihatinan penduduk blok 3 dapat diteruskan. Kerjasama semua agar memandang serius berkenaan perkara ini amat diharapkan. Jangan salahkan pihak AJK blok 3 dan segelintir penduduk sahaja jika semua memandang remeh berkenaan perkara ini.

Sikap keperihatinan semua amat diharapkan. Sekurang-kurangnya kenali jiran anda dan mereka yang boleh dihubungi jika berlaku kejadian sebegini.

Disertakan disini link laman web tip-tip mengatasi masalah pecah rumah serta nombor balai Polis berhampiran untuk dihubungi ketika kecemasan.

http://www.rmp.gov.my/rmp03/cjyahvii.htm

Balai Polis Sek. 6
Polis Diraja Malaysia
Jalan Nuri 6/1
40000 Shah Alam
Selangor.Tel : 03-55194622

"Bersatu kita teguh bercerai kita roboh"

Sekian, Wakil Blok 3




Labels:

Persatuan Penduduk Pangsapuri Danaumas telah menganjurkan Jamuan Hari Raya serta Rumah Terbuka pada 11hb November 2006 yang lalu.

Jamuan Hari Raya ini telah diadakan berhadapan di court badminton, blok 2, Pangsapuri Danaumas.

Ini adalah aktiviti pertama anjuran Exco Kemasyarakatan persatuan penduduk. Jamuan pada kali ini telah dijayakan dengan aktiviti gotong royong memasak rendang daging dan kari ayam pada sebelah siang manakala sesi karaoke diadakan pada sebelah malamnya.

Tetamu kehormat pada malam tersebut adalah wakil YB Shah Alam bersama-sama dengan AJK Surau Platinum, Seksyen 7.

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah exco kemasyarakatan kerana berjaya mengadakan aktiviti berkenaan. Tahniah juga kepada penduduk blok 3 kerana bertungkus lumus memasak rendang dan kari ayam pada hari tersebut.



Labels:

Inilah di antara masalah yang dihadapi oleh penduduk blok 3 jika keadaan kecemasan berlaku. Masalah lif yang kecil menyukarkan pihak kesihatan membawa seorang penduduk yang mengalami masalah kesihatan turun ke tingkat bawah.

Keadaan ini sempat dirakamkan oleh wakil penduduk pada bulan Ogos yang lalu. Seorang penghuni di tingkat 8, blok 3 telah mengalami masalah kesihatan yang serius. Berkat keperihatinan salah seorang jiran di tingkat 8, maka ambulan telah dipanggil.

Beberapa penduduk telah bersama-sama membantu mangsa untuk membawanya ke ruang bawah di mana ambulan ditempatkan di situ, namun kesan dari ruang lif yang kecil menyukarkan mereka untuk membawa mangsa ke bawah.

Terima kasih kepada penduduk Pangsapuri Danaumas yang sama-sama membantu individu berkenaan. Semoga keperihatinan dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Syabas!

Labels:

Saturday, December 09, 2006

A,kum dan Salam Sejahtera Semua Penduduk-penduduk blok 3 pangsapuri Danaumas,

Persatuan Penduduk Pangsapuri Danaumas telah ditubuhkan sejak bulan Mac 2006 yang lalu. Berkat usaha En Abd Rahman (Blok 4) maka berjaya dihimpunankan wakil-wakil penduduk dari setiap blok. Namun begitu, usaha-usaha yang dimainkan oleh setiap wakil blok maka tertubuhnya pula ahli-ahli jawatankuasa bagi setiap blok.

Blog ini diwujudkan adalah khusus bagi penduduk-penduduk blok 3. Tujuannya tidak lain adalah memberi informasi terkini kepada penduduk blok 3 berkaitan isu semasa selain masalah-masalah yang berlaku di blok 3.

Selain itu, blog ini juga adalah medium perantaraan yang mudah bagi mereka yang mempunyai kemudahan internet. Saya berharap agar semua penduduk blok 3 dapat meluangkan sedikit masa untuk melayari blog berkenaan. Insyaallah saya akan cuba mengemaskini laman blog berkenaan supaya penduduk-penduduk blok 3 dapat membaca dan mengetahui perkembangan terkini isu semasa di blok kita.

Sekian, Wassalam

Wakil Blok 3